PESERTA diberi tempoh seminit untuk mengimbas kod QR dalam 'Amazing Maze' webe bagi memenangi hadiah menarik.

Kuala Lumpur: Sayap perkhidmatan mudah alih digital Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu webe, menawarkan hadiah bernilai RM6 juta dan data percuma selama setahun untuk direbut menerusi aplikasi ‘webe850.’

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store untuk menyertai peraduan bagi memenangi hadiah tersebut.

Menariknya, pemenang boleh memilih sama ada untuk memiliki sepenuhnya hadiah atau memberikannya kepada rakan dengan berkongsi kod QR unik pada laman sosial.

Rakan pertama yang mengimbas kod QR itu akan menikmati faedah daripada hadiah tersebut.

Ketua pegawai pemasaran webe, Lai Shu Wei berkata, kempen '850 by webe' membuka mata pengguna terhadap falsafah dan keseronokan mobiliti jenama daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi.

"Ramai yang terkejut ketika webe diumumkan April lalu tanpa sebarang pelan. Ini memang disengajakan kerana kami tidak mengenakan bayaran dengan gigabait, pelan harga dan kontrak.

“Kami tidak berhasrat sekadar menjadi telco kelima atau syarikat telekomunikasi yang lain. Selaras dengan aspirasi Kumpulan TM, kami berhasrat menjadi juara penumpuan Malaysia yang sebenar dan membezakan diri kami daripada yang lain dengan menyediakan perkhidmatan penumpuan holistik," katanya.

"Kami amat berbeza kerana menganggap pengguna sebagai ahli, bukannya sebagai pelanggan. Sebagai jenama, kami mahu membawa tenaga komuniti di Malaysia ke arah perubahan positif.

“Kempen '850 by webe' direka agar kita dapat memberikan sesuatu kepada komuniti, bukan sekadar menikmati ganjaran yang diperolehi," tambahnya lagi.

"Kempen ini amat mudah untuk disertai. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan mereka boleh menyertai kempen dengan segera serta membuka peluang untuk memenangi banyak ganjaran dan hadiah melalui satu aplikasi.

“Mereka juga boleh berkongsi ganjaran dengan rakan-rakan," katanya.

Dengan memuat turun aplikasi webe850 dan menyertai kempen tersebut, pengguna boleh alami pelbagai keseronokan termasuk percutian peribadi ke pulau, kereta persendirian dan pemandu selama setahun dan penginapan ala istana.

Selain itu, lebih 100 pemenang berpeluang memenangi data percuma selama setahun.

Kempen webe850 bermula dengan 'Amazing Maze' di Sunway Pyramid Blue Concourse bermula 11 Mei hingga 16 Mei ini.

Peserta memasuki 'maze' dan diberi tempoh seminit untuk mengimbas kod QR dan memenangi hadiah-hadiah menarik.

Melalui webe850, pengguna akan mencatat mata dan menerima ganjaran yang akan disimpan di dalam dompet maya.

Dengan bermain permainan dalam webe850 serta aktiviti lain, pengguna yang mengumpul mata lebih tinggi berpeluang membuka kunci ganjaran lebih besar dan baik.

Pengguna yang mendapat markah tertinggi berpeluang menjadi pengguna pertama dalam rangkaian mobiliti baru webe ini.

Pengguna boleh membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan ganjaran mereka, atau memberikannya kepada komuniti rakan di rangkaian sosial mereka.

"Kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam tabiat pengguna dan rakyat Malaysia adalah pengguna data mudah alih yang paling aktif.

“Oleh itu, kami bersedia untuk membuka rangkaian mobiliti kami untuk memberikan pengguna peluang untuk menyertai kami dan melibatkan diri sebagai satu komuniti untuk mendapat ganjaran lebih besar," ujar Lai lagi.

Kempen '850 by webe' akan berlangsung selama tujuh minggu dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran berbeza setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.webe850.com.my atau ikuti webe digital di Facebook untuk maklumat terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 10:41 AM