LORI yang dilarikan.

Iskandar Puteri: Tindakan pantas polis mengejar lori dilarikan beberapa suspek dan melepaskan dua das tembakan menemui semula kenderaan itu di persimpangan Jalan Ara 9, Taman Seri Pulai, Kangkar Pulai di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari ketika dua anggota menaiki Proton Preve dari Lebuhraya Pontian baru saja memasuki simpang masuk Jalan Pulai Spring, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, sebuah lori bergerak melawan arus menyebabkan anggotanya memandu kereta terpaksa mengelak daripada dilanggar lori berkenaan.

“Pada masa sama, dua lelaki menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC menghampiri polis memaklumkan mengenai kehilangan kenderaan mereka yang dicuri di depan U Mall, Skudai.

“Seorang anggota polis menaiki motosikal pengadu manakala seorang lagi anggota menumpang rakan mangsa dalam usaha mengejar lori yang dilarikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 9:39 AM