Khalid
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Rondaan berterusan pihak berkuasa berjaya mengurangkan jenayah kecurian kenderaan berat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Selain itu, inisiatif pihak berkuasa menambah baik kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengurangkan kegiatan curi kenderaan berat di kawasan berisiko tinggi termasuk di sepanjang lebuh raya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes kecurian jentera berat yang direkodkan sepanjang tempoh terbabit adalah lebih kecil berbanding motosikal dan kereta.

“Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 2013, jumlah kes direkodkan ialah 4,981 sebelum menurun kepada 4,076 pada 2014 dan 3,395 kes pada tahun lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 9:42 AM