Chua (kiri) ketika membuat aduan.
Chua (kiri) ketika membuat aduan.

Kuala Lumpur: Terlalu idamkan cinta ‘abang pilot’ menyebabkan seorang wanita tidak percaya dirinya ditipu sindiket ‘love scam’ dipercayai di dalangiwarga Afrika.

Wanita berusia 34 tahun itu bermati-matian mendakwa kekasihnya setia dan dia sebaliknya ditipu pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Difahamkan mangsa mendakwa menanggung kerugian RM3,800 selepas kiriman bungkusan mengandungi barangan berharga dihantar kekasihnya itu ditahan pihak kastam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chua, 34, enggan percayai menjadi mangsa penipuan cinta siber apabila dijanjikan kiriman bungkusan hadiah dihantar melalui khidmat kurier.

Menurutnya, dia berkenalan dengan juruterbang itu melalui laman sosial sebelum menjalin cinta jarak jauh berikutan lelaki itu bertugas di China.

Dia yang bekerja sebagai akauntan mendakwa memasukkan wang diminta itu tanpa ragu-ragu menggunakan transaksi atas talian.

“Saya yakin juruterbang dan bungkusan itu wujud. Namun saya ditipu oleh syarikat serta penguatkuasa (KDRM) yang menjaga bungkusan itu, ” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini,

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 10:24 AM