TAMAN tema air Melaka Wonderland destinasi menarik untuk bersama keluarga.
Garret Dawum

Kuala Lumpur: Selain mendapat tiket percuma ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort sempena program Santai Best!, pembaca setia Harian Metro (HM) berpeluang memperoleh kupon diskaun bagi penginapan atau makanan di Hotel RC, Melaka Bird Park, Wildlife Theatre, Bistro Year 1673 dan Melaka Wonderland.

Sebanyak 10,000 kupon potongan harga 20 peratus ditawarkan itu tambahan kepada pemberian 30,000 tiket masuk percuma ke taman tema air Melaka Wonderland di Ayer Keroh, Melaka.

Pegawai Eksekutif Hospitality Group, Seow Cheng Swee berkata, kupon diskaun itu diberikan kepada 10,000 pembaca terawal menebus tiket masuk percuma dengan menukar keratan kepala akhbar HM.

“Setiap pembaca HM boleh mendapat maksimum empat keping tiket dengan menebus keratan kepala akhbar HM dan tiket itu sah digunakan sepanjang Disember dan sebagai tambahan kami memberikan kupon diskaun ini.

“Pembaca yang tidak sempat menggunakan tiket masuk percuma pada atau sebelum 31 Disember boleh menebusnya selepas tarikh itu dengan kadar diskaun 50 peratus sah sehingga 31 Mac tahun depan,” katanya.

Bagi mendapatkan tiket percuma, pembaca hanya perlu mengumpul 10 keratan kepala akhbar HM bagi menebus satu tiket masuk percuma ke taman tema itu sepanjang tempoh promosi iaitu pada 1 hingga 31 Disember ini. Penebusan tiket boleh dibuat mulai 9 Disember.

Penebusan tiket boleh dilakukan di 10 lokasi yang juga pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di seluruh negara.

Selain di Balai Berita Kuala Lumpur, tiket boleh ditebus di pejabat NSTP di Selangor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Waktu penebusan tiket ditetapkan pada setiap hujung minggu mulai 9 Disember ini bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Untuk keterangan lanjut, pembaca boleh menghubungi Jabatan Jualan dan Pengedaran Akhbar (NSD) NSTP di talian 03-22823233.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 9:33 AM