Salmiah membelai   Siti Hawa yang  lumpuh di rumahnya di Kampung Nelayan, Teluk Bahang,  semalam.
Salmiah membelai Siti Hawa yang lumpuh di rumahnya di Kampung Nelayan, Teluk Bahang, semalam.
myMetro

Balik Pulau: “Setiap kali hujan dan air masuk rumah, saya mula resah mengenangkan nasib anak yang tidak dapat bergerak untuk menyelamatkan dirinya,” kata Salmiah Yusuf, 42, ibu Siti Hawa Ismail, 15, yang menghidap penyakit saraf.

Menurut Salmiah, dia meminta bantuan jiran setiap kali banjir untuk mengusung Siti Hawa yang lumpuh sejak dilahirkan.

“Pernah beberapa kali dia nyaris lemas dan saya berlari ke rumah jiran untuk meminta tolong.

“Syukur ada jiran sudi angkat Siti Hawa ketika hujan, jika tidak mungkin saya sudah kehilangannya,” katanya
di rumahnya di Kampung Nelayan, Teluk Bahang,
di sini, semalam.

Salmiah yang sudah berpisah dengan suami sejak 11 tahun lalu berkata, dia menetap
di rumah berkenaan bersama Siti Hawa, manakala dua lagi anak tinggal berasingan.

“Anak pertama, Mohd Fauzi yang berusia 20 tahun bekerja, manakala anak kedua, Mohd Faiz yang berusia 17 tahun bersekolah di Gelugor dan tinggal bersama adik saya,” katanya.

Salmiah berkata, dia menerima bantuan kewangan daripada Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah.

“Bagaimanapun, saya memerlukan bantuan membeli lampin pakai buang buat anak kerana kosnya tinggi," katanya.

  Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi jirannya, Sarina Saad
di talian 017-4766489 berikutan Salmiah tidak memiliki telefon bimbit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 8:41 AM