Kenderaan terkandas apabila bukit runtuh hampir menutup laluan di Jalan Gua Musang-Lojing.
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Pengguna Jalan Gua Musang-Lojing melahirkan kebimbangan berikutan berlaku dua kejadian tanah runtuh yang hampir menutup laluan di Kilometer 54 dan 49 sejak lima hari lalu.

Tinjauan Harian Metro mendapati kesan tanah runtuh masih ada di atas jalan menyebabkan pengguna yang melalui laluan itu terpaksa memperlahankan kenderaan.

Pengguna, Muhammad Hanif Salleh, 46, berkata, laluan itu tidak selamat digunakan kerana masih berlaku runtuhan di bukit berhampiran.

“Kenderaan saya sendiri hampir ditimbus lumpur yang runtuh bersama tanah bukit di situ, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, tindakan segera perlu diambil pihak berkaitan untuk mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 9:30 AM