PESERTA yang hadir pada majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di [email protected]
Wan Asrudi Wan Hasan


Ipoh: Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengambil ringan perbuatan salah laku yang dilakukan sebahagian kecil bangsa Melayu, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, ia kerana perbuatan salah laku anak bangsa laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan.

“Hari ini orang Melayu yang baru mula menikmati sebahagian kecil daripada kejayaan, berbanding dengan kejayaan lebih besar yang dicapai oleh orang lain.

Semakin menunjukkan sifat lupa daratan, bagaikan mengulangi budaya kehidupan seperti yang pernah berlaku pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis.

“Mereka menunjukkan sifat yang semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa dan orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan semakin terpercik ke muka sendiri,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemakan ‘Mengakar Kuat Umat Melayu Menjulang Tinggi Islam’ di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 6:21 AM