PELANCONG teruja menikmati nasi ambeng di KLIA.

Sepang: Malaysia Airports dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor mengadakan Festival Nasi Ambeng di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam usaha mempromosikan jenama Malaysia di lapangan terbang.

Pengarah JKKN Ghazali Bidin berkata, festival itu bertujuan memperkenalkan warisan budaya tradisional Malaysia di terminal lapangan terbang berkenaan yang mana ia satu daripada program MAHB melalui inisiatif ‘Joyful Malaysia.

“Kami merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian dan sokongan yang diberikan Malaysia Airports dalam menjayakan Festival Nasi Ambeng yang julung kalinya diadakan di KLIA dan klia2.

“Harapan kami kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkenalkan warisan budaya tempatan bukan saja kepada rakyat Malaysia, juga kepada pelancong asing,” katanya.

Menurutnya, festival yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian negeri Selangor itu dapat memperkenalkan keunikan rasa makanan dan produk tempatan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 8:47 AM