Shairan (dua dari kiri) melancarkan bahan api Shell terbaharu dengan teknologi Dynaflex. FOTO Lizam Ridzuan
Shairan (dua dari kiri) melancarkan bahan api Shell terbaharu dengan teknologi Dynaflex. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd melancarkan bahan api Shell petrol dan diesel baharu dengan teknologi Dynaflex di Kuala Lumpur, hari ini.

Formulasi baharu itu kini boleh didapati di semua stesen minyak Shell di seluruh negara sesuai untuk semua enjin kenderaan sama ada model terkini atau lama.

Pengarah Urusannya Shairan Huzani Husain berkata, hasil kajian dan pembangunan selama lebih lima tahun dengan lebih tiga juta kilometer ujian dan 250 kenderaan dijalankan untuk kecekapan enjin.

"Teknologi Dynaflex mengurangkan geseran serta membangunkan bahan api untuk melindungi serta meningkatkan prestasi dan enjin lebih efisien.

“Shell Dynaflex petrol atau diesel dilengkapi dengan molekul pengurang geseran baharu untuk enjin lebih bersih dan lancar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 9:11 PM