Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my


MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, daripada pertuduhan cuba sabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan hujah pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh perlu dibebaskan secara mutlak.

Semalam, pihak pendakwaan menawarkan Khairuddin dan Matthias dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan bagaimanapun ia dibantah oleh pembelaan yang mahu ia diberi secara mutlak.

Khairuddin dan Matthias secara bersama dituduh cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysiadi lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 1:04 PM