Skip this ad x
KIM Yang Hyun (tiga kanan) dan Pengurus Pengurusan Korporat, Media Prima, Junisa Jaafar Sidek (dua kanan) bersama barisan penaja dan selebriti dengan hadiah Proton Ertiga untuk pemenang. FOTO Aswadi Alias
Sofyan Rizal Ishak


RANGKAIAN beli-belah pelbagai platform, CJ Wow Shop menawarkan hadiah menarik termasuk empat Proton Ertiga bersempena kempen jualan 'Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW' bermula 15 Mei hingga 16 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Yang Hyun berkata, kempen itu memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk empat Proton Ertiga dan 10 baucar beli-belah CJ Wow Shop bernilai RM500 setiap satu.

"Untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan, kami turut menambah pelbagai tawaran istimewa dan hadiah percuma dengan pembelian daripada rakan penjual tertentu sepanjang musim perayaan ini," katanya pada majlis pelancaran Kempen Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW di Kuala Lumpur, hari ini.

Melalui kempen jualan ini, CJ Wow Shop menambah lebih 30 barangan baru bagi meluaskan lagi rangkaian produk bersempena musim perayaan ini membabitkan pelbagai produk Islamik bermutu tinggi, produk fesyen, peralatan rumah dan kediaman, perkakas dapur dan barangan kecantikan.

Antara produk boleh didapati bagi koleksi Ramadan adalah set al-Quran digital, telekung Ariani dan sejadah Jakel manakala koleksi Syawal termasuk fesyen Muslimah Habibi Noura, set kosmetik Ronasutra, rangkaian aksesori premium ICE-Watch dan peralatan memasak Elba serta Cornell.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 5:48 PM