LORI tangki membawa muatan simen terbalik. FOTO ihsan Bomba
LORI tangki membawa muatan simen terbalik. FOTO ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


LORI simen terbalik dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Jalan Kampung Koh, Sitiawan, hari ini.

Dalam kejadian 2.25 petang itu, lori simen itu turut mengakibatkan tumpahan minyak hitam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Pegawai Bomba Razlan Dimyati berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.29 petang sebelum enam anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, lori berkenaan dari arah Pekan Gurney dan apabila tiba di lampu mahu membelok ke kanan ke arah Sitiawan.

"Dipercayai pemandu lori itu hilang kawalan, menyebabkan lori yang penuh dengan muatan itu terbalik.

"Pemandu lori bagaimanapun keluar dengan sendiri serta selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan itu turut menyebabkan kesesakam lalu lintas sejauh 600 meter selama 45 minit.

"Sebaik lori dialihkan oleh kren pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak hitam kenderaan berat itu hampir 15 minit sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 3.28 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 6:27 PM
Digital NSTP Subscribe