Anggota bomba memotong cincin yang tersekat di jari manis wanita berusia 39 tahun hari ini. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memotong cincin yang tersekat di jari manis wanita berusia 39 tahun hari ini. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli

WANITA berusia 39 tahun terpaksa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani untuk mendapatkan bantuan bagi memotong cincin yang tersekat di jari manisnya hari ini.

Dia menahan sakit sejak malam semalam apabila jari manis tangan kanannya bengkak akibat cincin yang dipakai tidak dapat dikeluarkan.

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafizul Ishak berkata, mangsa datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani kira-kira jam 10.27 pagi tadi untuk mendapat bantuan.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu pergi ke pusat perubatan berhampiran untuk mendapatkan bantuan selepas jarinya bengkak dan sakit, namun gagal sebelum datang ke BBP Sungai Petani.

"Dengan bantuan lima anggota, kami menggunakan alat pemotong cincin untuk membantu mangsa sehingga berjaya ditanggalkan dalam masa tiga minit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 10:53 PM