Suspek Budi @ Uding diburu polis kerana tikam rakan sekerjanya di hadapan bengkel membaiki kenderaan.
Junaidi Ladjana


TUKANG cat maut ditikam rakan sekerjanya dalam kejadian di hadapan bengkel membaiki kenderaan berhampiran Bulatan Nenas, Jalan Penampang, dekat Penampang, petang semalam.

Dalam kejadian antara jam 5 petang hingga 5.45 petang itu, Fandi Ariyanto, 24, warga Indonesia yang cedera di bahagian belakang tubuhnya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, suspek yang bekerja sebagai tukang cat melarikan diri manakala orang awam yang melihat kejadian itu segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian belakang badannya akibat ditikam dengan benda tajam.

"Setakat ini, punca kejadian belum dapat dipastikan namun ketika kejadian berlaku salah faham antara mangsa dengan suspek.

"Polis melancarkan gerakan memburu suspek, [email protected], 38, warga Indonesia yang dipercayai bersembunyi bagi mengelak diberkas polis. Gambar suspek sudah diedarkan untuk membantu mengesan suspek terbabit," katanya.

Sehubungan itu, Rosley meminta kerjasama orang ramai mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noor Hazlie Md Yusoh di talian 016-8869030 atau IPD Penampang 088-712222 atau Balai Polis yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 2:36 PM