Junaidi Ladjana


SERAMAI 154 penghuni Madrasah Waqaf Islamiah Sabah diraikan lebih 20 penunggang daripada Motard Ride Fun (MRF) Sabah pada program berbuka puasa di Tanjung Aru, dekat Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, semua ahli berkonvoi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke rumah madrasah sejauh hampir enam kilometer.


MUAMMAR menyampaikan sumbangan di program berkenaan. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

Madrasah Waqaf Islamiah Sabah menempatkan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan berusia dari empat tahun hingga 18 tahun.

Pengerusi MRF Sabah Muammar Edzhar Saidi berkata, program ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi meraikan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar negeri ini.

"Ini adalah tahun kelima kita mengadakan program seumpama ini di bulan Ramadan untuk meraikan anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.


AHLI MRF bersama motosikal motard sebelum melakukan konvoi. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

"Pada program itu juga kita turut memberi sumbangan berupa makanan dan wang tunai," katanya ketika ditemui pada program berkenaan, hari ini.

Tambah Mummar, selain itu penganjuran program berkenaan bagi mengeratkan hubungan semua ahli-ahli dalam MFR.

Program itu anjuran bersama Kindness Malaysia Team Sabah dan Hilux Club Motorsports (HCM).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 7:18 PM
AHLI MRF bergambar bersama penghuni Madrasah Waqaf Islamiah Sabah pada program berkenaan. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli