Hamzah
Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my


SEBANYAK  21 jenis barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2017 yang dilaksanakan selama 14 hari bermula 17 Jun ini.    

Antara barangan yang disenaraikan termasuk ayam, telur, daging lembu, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa, bawang merah serta bawang besar. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, harga maksimum  ditentukan di peringkat pengeluaran, borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kesesuaian. 

"Penentuan ini dibuat supaya penguatkuasaan kawalan harga lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga. 

"Ia juga ditentukan melalui pemantauan harga di seluruh negara sepanjang tahun lalu dan Januari hingga Jun tahun ini selain pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan. 

"Kita juga berbincang dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan berkenaan," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 1:24 PM