BELIA yang mengalami masalah obesiti antara dikunjungi.

Hulu Bernam: Sanggup tidak bekerja dan hanya bergantung kepada insentif FELDA semata-mata demi menjaga ibu bapa atau adik-beradik sakit serta terlantar.

Itu antara pengorbanan yang dapat dilihat dalam kalangan belia FELDA ketika didekati pada program Konvoi Jelajah Mahabbah Ramadan 4x4 di empat tanah rancangan FELDA, di sini.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Hulu Selangor (Belia 4B) Omar Al Khattab Kasim berkata, inisiatif Belia 4B bersama Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Selangor mendekati golongan belia yang sanggup berkorban untuk ahli keluarga.

“Konvoi ini dapat melihat lebih dekat bagaimana kehidupan belia yang menjaga ibu menghidap penyakit strok, bapa terlantar akibat sakit kronik, abang yang menjaga adik sakit dan tinggal yatim piatu,” katanya ketika ditemui pada konvoi itu, di sini, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 7:07 AM