PENDUDUK mengalihkan barang yang ditengelami air akibat banjir di Pekan Batu 16, Hulu Langat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


BEBERAPA lokasi di Hulu Langat dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3 petang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata banjir kilat itu berlaku di sepanjang tepi Sungai Hulu Langat, Batu 13 sehingga ke Batu 19.


PENUNGGANG randuk banjir kilat di laluan antara Batu 14 dan Batu 16 yang ditengelami air akibat banjir di Hulu Langat. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Menurutnya, kedalaman air dianggarkan sehingga ke paras pinggang dan pihaknya sedang menilai dan memantau sekiranya ada penduduk yang perlu dipindahkan ke tempat selamat.

"Sehingga ini, kami masih belum dapat memberikan anggaran tepat jumlah keluarga yang terbabit.

"Namun, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan semua penduduk supaya lebih terjamin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 8:26 PM