Mayat dibawa ke HQE 1 untuk bedah siasat. FOTO ihsan polis
Junaidi Ladjana


WARGA emas berusia 87 tahun ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Air, Kota Kinabalu, 8 pagi semalam.

Mayat Daud Asmara yang bekerja sebagai peniaga kaki lima oleh pemilik bilik sewa selepas dimaklumkan dia tidak keluar dari bilik sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, sepasukan polis yang menerima panggilan segera ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terlentang di tilam.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia dua hari lalu kerana penyewa lain mendakwa kali terakhir melihat dia dua hari lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE 1) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Waris belum lagi membuat laporan polis dan menuntut mayat untuk urusan pengebumian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2017 @ 4:49 PM