TEO memenangi RM1 juta untuk cabutan bulan Mei.
TEO memenangi RM1 juta untuk cabutan bulan Mei.
MEARIA (tengah) menyampaikan replika cek kepada Teo (kanan) dan Aziz Husin yang memenangi kereta mewah BMW330e.
MEARIA (tengah) menyampaikan replika cek kepada Teo (kanan) dan Aziz Husin yang memenangi kereta mewah BMW330e.
Asmah Rusman

Kuala Lumpur: “Saya tidak menyangka akan bergelar jutawan selepas 39 tahun menyimpan dalam Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN) ini,” kata pemenang Cabutan Istimewa RM1 juta bagi Mei 2017, Teo Thuan Hock.

Teo, 67, yang berasal dari Kuala Penyu, Beaufort, Sabah, berkata, dia mula menyimpan dalam SSP BSN ketika berusia 28 tahun dengan nilai permulaan hanya RM50.

“Sebaik produk SSP dilancarkan pada 1978, saya terus membuat keputusan untuk membuka akaun ini sebanyak RM50 sebelum membuat simpanan secara konsisten setiap bulan dengan jumlah itu.

“Sehingga kini simpanan saya sudah mencecah RM13,000 dan tidak pernah terfikir akan memenangi cabutan ini sekali gus menjadi jutawan segera,” kata pesara juruteknik Jabatan Kesihatan itu.

“Buat masa ini belum ada perancangan lagi bagi membelanjakan wang berkenaan, namun saya bercadang untuk melangsaikan hutang dan menambah simpanan sedia ada,” katanya.

Teo diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah SSP BSN bulan Mei dan pengumuman cabutan bulan Jun di Wisma BSN, semalam.

Hadir sama Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan & Perniagaan Komuniti BSN Datuk Mearia Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 7:09 AM