Sany Araby
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


BERLAYAR, bermusafir, berhibur dan beramal. Itu pakej ditawarkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk mengajak orang ramai untuk merasai pengalaman pelayaran sambil melakukan ibadah.

Naib Presidennya Sani Araby Al Kahery berkata, peserta juga berpeluang untuk menghayati gema irama nasyid selain mendengar perkongsian pengalaman aktivis kemanusiaan di medan perang seperti Syria dan Gaza, Palestin.

Katanya, MAPIM ingin berkongsi kelainan menerusi pelayaran itu dan ia sesuai kepada semua golongan tidak mengira usia dengan harga tiket berpatutan.

"Pelayaran eksklusif ini turut disertai sahabat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Turki bersama legenda nasyid Nusantara antaranya Hijjaz, pengisian rohani oleh Ustaz Abdullah Khairi, imbauan rindu Haramain bersama Sheikh Abdul Karim Al-Makki," katanya.

Katanya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi Sekretariat MAPIM di talian 012-4500248 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 9:24 PM