Honor 8 Pro dijual pada harga RM1,999 seunit.


HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar Honor 8 Pro yang mempunyai kuasa pemprosesan Kirin 960 dengan RAM sebanyak 6GB dan storan 64GB, hari ini.

Telefon terbabit mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci Quad HD dengan rekaan aluminium di samping pengimbas cap jari di belakang.

Ia juga datang dengan kamera bersama dwi lensa 12 megapiksel, manakala kamera depan pula beresolusi 8.0 megapiksel.

Honor 8 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan pantas pada slot USB Type-C.

Ia dijual pada harga RM1,999 dan didatangkan khas dengan kerjasama dua game mudah alih iaitu Mobile Legends dan Legends of Leagues.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 3:58 PM