AHMAD Jazlan melawat booth di bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan pada Majlis Perasmian Program Empower ECER Machang. FOTO Siti Nadzirah Che Mud
AHMAD Jazlan melawat booth di bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan pada Majlis Perasmian Program Empower ECER Machang. FOTO Siti Nadzirah Che Mud
Siti Nadzirah Che Mud


LEBIH 51,000 pelajar dan 14,430 peserta menerima manfaat daripada Program Empower di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dilaksanakan sejak 2016.

Pengurus Besar (Bahagian Pembangunan Modal Insan) ECERDC, Zulkifli Yaacob berkata, program berkenaan kini dilaksanakan di 27 lokasi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Program Empower ECER itu membabitkan Program Latihan Akademik untuk pelajar manakala Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk golongan dewasa.

"Ini adalah program pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan melalui ECERDC untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup rakyat," katanya pada Majlis Perasmian Program Empower ECER Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada majlis berkenaan, dua pelajar, Muhammad Syazwan Ismail, 18, dan Amira Fazlin Natasha Mohd Zaki, 18, menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Empower.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 5:06 PM