LORI pengangkut sampah hilang kawalan sebelum terbalik berhampiran plaza tol. FOTO ihsan ITIS
LORI pengangkut sampah hilang kawalan sebelum terbalik berhampiran plaza tol. FOTO ihsan ITIS
Mohd Hasbi Sidek


LORI pengangkut sampah terbalik di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran susur masuk Lebuhraya PLUS menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, 1.30 tengah hari tadi.

Lori yang dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum terbalik kira-kira 400 meter sebelum plaza tol.

Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

"Bagaimanapun pemandunya, lelaki berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lori berkenaan kini sedang dialihkan dan kerja pembersihan sedang dijalankan. Keadaan lalu lintas sedikit sesak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 5:05 PM