Pengerusi Majlis Ittihad Ummah Mohd Gunawan Che Ab Aziz
Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penganjuran program World #QuranHour (WQH) dan Merdeka #QuranHour (MQH) adalah satu inisiatif serta inovasi kreatif bagi memesrakan umat Islam dengan al-Quran yang seharusnya menjadi rujukan utama.

Pengerusi Majlis Ittihad Ummah (MIU) Mohd Gunawan Che Ab Aziz berkata, al-Quran adalah kemuliaan umat ini dan apabila semua lapisan masyarakat kembali mesra dengan kitab suci berkenaan, maka umat ini kembali kepada akar kemulian yang sebenar.

“€œSaya melihat penganjuran program WQH dan MQH adalah satu inisiatif dan inovasi bagi mengembalikan umat Islam kepada al-Quran serta menghayati setiap mesej daripada kitab suci itu.

“€œProgram ini memberikan sumbangan dengan cara yang begitu kreatif sebagai pendorong dan pemangkin kepada kesedaran dan kecintaan terhadap al-Quran,”katanya kepada Harian Metro

World #QuranHour akan bermula pada 8.30 malam di Dataran Merdeka pada 30 Ogos manakala keesokannya program berkenaan akan diadakan di masjid terpilih seluruh negara sempena Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah yang kebetulan serentak Hari Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 10:11 PM