Skip this ad x
Seunit rumah di tingkat lima flet di Taman Indah Sungai Jelok, Kajang, yang terbakar malam semalam. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


SEUNIT rumah musnah dalam kebakaran di tingkat lima flet di Taman Indah Sungai Jelok, Kajang, 10.30 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 10.36 malam.

Katanya, seramai 19 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi ke lokasi.

"Apabila anggota tiba di lokasi mereka mendapati kebakaran berlaku membabitkan seunit rumah flet di tingkat lima.

"Kebakaran menyebabkan kediaman berkenaan musnah 100 peratus dan anggota berjaya mengawal api daripada merebak ke premis lain.

"Bagaimanapun, tiada yang cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 1:13 AM