BANJIR kilat melanda Kampung Charok Purun Tawar. FOTO ihsan Syed Alias Syed Omar
Safuri Kamarudin

[email protected].

LIMA rumah membabitkan 35 penduduk Kampung Charok Purun, Mukim Tawar, Baling dilanda banjir kilat, 5 pagi, hari ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, hujan lebat sejak 4 pagi menyebabkan air naik setinggi 0.5 meter

"Kita meminta mangsa yang terbabit membuat laporan polis dan berjaga-jaga sekiranya air semakin naik.

"Dalam tempoh seminggu ini banjir kilat melanda lebih 500 buah rumah di Mukim Baling, Pulai, Kupang, Siong dan Tawar," katanya.

Katanya, bagaimanapun tidak ada perpindahan dilaporkan.

"Anggota penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Briged Bencana Parlimen Baling sedang memantau bagi membantu mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 11:25 AM