Cheah (tiga dari kanan) bersama Amyra  (dua dari kanan)  melancarkan program Free Scoop Night.
Cheah (tiga dari kanan) bersama Amyra (dua dari kanan) melancarkan program Free Scoop Night.
HM Digital

Petaling Jaya: Baskin-Robbins (BR) meraikan sambutan Hari Malaysia dengan memberikan ais krim percuma kepada orang ramai, malam tadi.

Program Free Scoop Night diadakan serentak pada jam 8 hingga 10 malam di semua 123 rangkaian Baskin Robbins di seluruh negara.

Presiden Baskin-Robbins Malaysia Datuk SY Cheah berkata, program untuk menyebarkan kegembiraan Free Scoop Night itu diadakan kali kedua selepas kejayaan
pertama pada 2012.

Kata Cheah, ketika itu mereka mengadakan program istimewa berkenaan bagi meraikan kejayaan atlet yang menunjukkan prestasi menakjubkan pada temasya Sukan Olimpik London 2012.

“Sambutan yang diterima sungguh menakjubkan apabila orang ramai beratur sejauh 40 kilometer di seluruh negara untuk menikmati 68,000 cedok ais krim yang diberikan secara percuma.

“Kami di BR percaya lebih banyak lagi sambutan yang boleh kita raikan bersama.

“Kali ini, ia bukan saja untuk orang ramai meraikan tarikh bersejarah (Hari Malaysia) dengan menikmati ais krim kami malah mengiktiraf pencapaian atlet negara pada temasya Sukan SEA, baru-baru ini,” katanya pada majlis perasmian, di sini.

Hadir sama, jurucakap BR yang juga pelakon terkenal Amyra Rosli.

Sementara itu, di pusat beli-belah One Utama, orang ramai mula beratur seawal jam 6.30 petang untuk menikmati ais krim percuma BR.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 11:15 AM