Buddy Arman Koeswojo Aman. FOTO ihsan polis
Buddy Arman Koeswojo Aman. FOTO ihsan polis
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS meminta lelaki dikenali Buddy Arman Koeswojo Aman, 34, supaya menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 1 hingga 5 Oktober ini bagi membantu memberi keterangan berkaitan kes dadah.

Buddy Arman berasal dari Sarawak diminta hadir bagi memberi keterangan kes dadah mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhirnya di no 21 Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Mana-mana pihak yang mengetahui atau ada mempunyai maklumat berkaitan Buddy Arman diminta menghubungi Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Padang Terap Inspektor Mohd Nazro Hissam di talian 04-7866222 sambungan 227.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2017 @ 2:27 PM
Digital NSTP Subscribe