Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


MEMASUKI hari kesembilan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung dipenuhi orang ramai yang mengambil kesempatan melawat lokasi kejadian.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati orang ramai berpusu-pusu datang dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada pusat tahfiz itu.

Halijah Jamali, 58, datang dari Kota Tinggi bagi menzahirkan kesedihan atas kejadian yang mengorbankan 23 nyawa itu.

"Kebetulan saya ke rumah anak di Gombak dan melahirkan keinginan untuk melawat lokasi kejadian.

"Sedih melihat keadaan selipar yang berselerak di depan tahfiz ini, diharap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan ini," katanya.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 12:11 PM
ORANG ramai tidak melepaskan peluang melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. FOTO Muhd Zaaba Zakeria