SEBAHAGIAN penyokong dan pemain pasukan Kelantan yang hadir menunaikan solat sunat hajat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


SERAMAI 200 penyokong pasukan Kelantan termasuk pemain menunaikan solat hajat berjemaah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Solat diadakan untuk memohon keberkatan dalam perjuangan bola sepak Kelantan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Imam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah hadir mengimamkan solat berkenaan.

Turut serta Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan; Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah dan barisan exco badan induk berkenaan.

Hadir sama, Kelab penyokong bola sepak The Red Warriors (TRW) dan kumpulan gendang kelab penyokong bolasepak Kelantan.

Bibi Ramjani berkata, walaupun pemberitahuan mengenai majlis itu dibuat dalam masa yang singkat, namun sambutan diterima cukup baik.

"Ramai yang hadir dan mendoakan kesejahteraan pasukan Kelantan.

“€œSelain itu, saya juga berharap agar pasukan dapat kekal dalam Liga Super musim hadapan sekali gus dapat kembali gemilangan untuk akan datang,”€ katanya.

Terdahulu, usahawan wanita itu sempat meluangkan masa bersama pemain dan jurulatih bagi meniupkan kata-kata semangat.

Dalam pertemuan itu juga, beliau turut menyerahkan bayaran tunggakan gaji pemain untuk bulan Julai dan Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 11:00 PM