NORAZAM (kanan) bersama pegawai forensik kebakaran melihat asrama perempuan yang terbakar, semalam. FOTO HAzreen Mohamad
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengesahkan kebakaran asrama Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Kampung Nerasau, Kota, Rembau, semalam bukan angkara khianat.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati punca kebakaran disebabkan masalah pendawaian.

Katanya, pihaknya tidak menemui bahan mencurigakan di asrama seperti botol yang mengandungi petrol.

"Oleh demikian, pihak bomba mengesahkan kejadian bukan angkara khianat.

“Siasatan awal mendapati ia berpunca masalah teknikal iaitu struktur pendawaian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan memerlukan tempoh antara seminggu hingga dua minggu untuk dilengkapkan.

Harian Metro pada hari ini melaporkan tiga pelajar perempuan sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan sebaik asrama sekolah itu terbakar 1.50 pagi semalam.

Kebakaran itu memusnahkan 80 peratus struktur asrama.

Berita berkaitan:

Api disangka mimpi [METROTV]

Tahfiz di Rembau terbakar

Jeritan rakan jadi penyelamat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 1:34 PM