Nabil Basaruddin


SELEPAS China, Malaysia turut mengambil keputusan untuk melarang penjualan semua jenis wang kripto di negara ini yang akan diputuskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung tahun ini.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang kripto dan membuat keputusan mengenai larangan itu.

“Garis panduan itu juga berperanan dalam menangani risiko yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia.

“Tindakan larangan jualan ini akan kita putuskan pada akhir tahun ini,” katanya ditemui pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2017 di sini, hari ini.

Mata wang kripto seperti Bitcoin, adalah aset digital yang disediakan khas sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi bagi memastikan transaksi yang terjamin dan mengawal pewujudan unit mata wang tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 4:03 PM