FAZLI (kiri) melancarkan model serba baru Ducati SuperSport dan SuperSport S. FOTO Lizam Ridzuan
FAZLI (kiri) melancarkan model serba baru Ducati SuperSport dan SuperSport S. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


NEXT Bike Sdn Bhd, pengedar utama motosikal jenama Ducati dari Itali di Malaysia melancarkan model sportbike serba baru, SuperSport dan SuperSport S untuk pasaran tempatan, hari ini.

Dikuasakan dengan enjin 937cc Testastretta ia mampu menjana kuasa kuda (hp) 113 pada 9,000 rpm dan tork 96.7Nm pada 6,500 rpm selain mencapai kelajuan sehingga 230 kilometer/sejam (Km/j).

Disasarkan kepada pengguna yang mahukan motosikal berprestasi untuk kegunaan harian ia dilengkapi dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban.

Timbalah Presiden II Next Bike, Fazli Hisham berkata, SuperSport menawarkan posisi menunggang yang selesa untuk laluan dalam bandar, lebuh raya dan kawasan berselekoh serta tangki bahan api 16 liter berkeupayaan untuk perjalanan jauh.

"Ciri keselamatan Ducati Safety Pack dengan brek anti-kunci (ABS) Bosch dan Kawalan Cengkaman Ducati menambah keyakinan serta keseronokkan penunggang untuk melalui pelbagai permukaan jalan dengan kawalan yang mudah," katanya ketika pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk SuperSport S ia didatangkan dengan suspensi penuh Ohlins boleh laras, shift up/down dan pelindung tempat duduk belakang untuk tampil lebih sporty.

Harga jualan asas bermula daripada RM80,899 untuk SuperSport dan RM88,899 bagi SuperSport S dengan dua tahun waranti tanpa had perbatuan dan kini sudah boleh ditempah di semua wakil pengedar Ducati di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2017 @ 6:52 PM
Digital NSTP Subscribe