Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


"Saya sedia bersemuka dengan Erra bagi menjelaskan perkara yang berlaku antara saya dan Shahir."

Demikian kata Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi yang didakwa mempunyai hubungan dengan finalis AF Megastar, Shahir seperti yang tular ketika ini.

Mimi ketika dihubungi berkata, dia berani untuk bersemuka dengan Erra Fazira yang juga kekasih Shahir supaya tidak dituduh sengaja mereka-reka cerita seperti didakwa netizen.

"Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.

"Lagipun saya tidak suka netizen menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita. Saya dan Shahir memang berkawan, bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mimi, dia berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya harap Shahir tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Saya tidak mahu isu yang berlaku ini menjejaskan nama dan kerjaya saya.

"Lagipun antara saya dan Shahir hanya kawan. Saya juga baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Mujur saya sudah menceritakan perkara ini terlebih awal sebelum gambar saya dan Shahir menjadi tular," katanya.

Difahamkan, teman lelaki baru Mimi ialah pemain bola sepak pasukan Terengganu iaitu Mohd Ridzuan yang baru dikenalinya.

Dalam pada itu , Mimi juga terkejut dengan kenyataan daripada salah-seorang peserta AF

Megastar iaitu Ewal yang mendakwa dia hampir menjadi mangsa perangkap Mimi.

Mimi berkata, dia tidak teragak-agak untuk menunjukkan bukti Ewal pernah menganggunya sebelum ini sehingga dia dan kekasih lamanya berpisah.

"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.

"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahukalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggusaya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 4:37 PM