Kuala Pilah: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Kawasan Rekreasi Ulu Bendul, kelmarin. Mangsa, Mohd Shairul Shahrum, 31, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, akibat parah di badan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 7:30 AM