Zakiah
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: “Saya tidak dapat menahan sebak pada saat mengambil sijil arwah anak di atas pentas,” kata Zakiah Abdul Aziz, 54, yang mewakili arwah anaknya, Nor Farisa Aliah Abdul Fadir, 19, yang meninggal dunia akibat demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru pada 6 Disember tahun lalu.

Menurut Zakiah, walaupun dia berasa terlalu sedih ketika mengambil sijil di atas pentas sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Johor di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, di sini, kelmarin, namun dia lega kerana akhirnya dapat menyempurnakan hari yang ditunggu arwah anaknya.

Zakiah berkata, selepas anaknya tamat pengajian di peringkat sijil dalam bidang Pengoperasian Perniagaan di Kolej Komuniti Ledang, dia tidak sabar dan teruja untuk hadir ke hari graduasinya bersama keluarga, tetapi hajatnya itu tidak kesampaian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 8:25 AM