Safuri Kamarudin

TEMPOH reman dua beradik lelaki 15 dan 13 tahun yang didakwa merogol adik tiri mereka sehingga melahirkan bayi lelaki minggu lalu dilanjutkan seminggu lagi bermula esok.

Mangsa berusia 13 tahun terbabit melahirkan bayi 27 Oktober lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas mengadu sakit perut kepada ibu tirinya (pengadu).

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, perintah lanjutan reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Baling bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

"Mangsa ketika ini ditahan di HSAH sementara menunggu diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan.

"Selepas menerima laporan kesihatan mangsa dan bayinya, pihak JKM akan membawa mereka ke rumah perlindungan," katanya.

Berita berkaitan:

Dua abang tiri durjana ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 10:36 PM