Bayi lelaki yang ditemui di dalam surau perempuan di sebuah stesen minyak di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang kira-kira 7 pagi tadi. Foto Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


BAYI lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam surau perempuan di sebuah stesen minyak di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang kira-kira 7 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi itu pada 7.26 pagi.

“ €œBayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg kertas.

“ €œPemeriksaan awal terhadap bayi itu mendapati dia dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,”€ katanya.

Megat berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek yang terbabit dengan kejadian itu.

“ €œOrang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 11:24 AM