Bomba berusaha mengeluarkan cincin tersekat pada jari seorang lelaki berusia 20-an. Gambar Ihsan Bomba
Bomba berusaha mengeluarkan cincin tersekat pada jari seorang lelaki berusia 20-an. Gambar Ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


LELAKI berusia 20-an terpaksa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh untuk mendapatkan bantuan bagi memotong cincin tersekat di jari manis tangan kanannya, tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa terpaksa menahan sakit sejak malam tadi dan keadaan cincinnya yang kemek menyebabkan ia sukar dikeluarkan.

Jurucakap BBP Ipoh berkata, mangsa datang ke BBP Ipoh, 12.17 tengah malam tadi untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan cincin berkenaan.

Katanya, anggota kemudiannya mendapati cincin berkenaan sudah kemek dipercayai disebabkan usaha mangsa sebelum itu untuk mengeluarkannya.

"Anggota kemudiannya menggunakan alat pemotong cincin dengan memotong bahagian cincin itu sehingga ia berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit.

"Pemeriksaan kemudiannya mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum operasi ditamatkan jam 12.40 tengah malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 10:51 AM