Kereta mangsa, S Ramesh remuk dalam kemalangan yang meragut nyawanya. FOTO ihsan PDRM
Zulfa Mohamad


TENAGA pengajar sekolah memandu maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok konkrit di Jalan Pokok Machang, Tasek Gelugor, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 11.55 malam ketika mangsa S Ramesh, 36, memandu Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah pekan ini ke Pokok Sena.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kereta mangsa dipercayai terbabas ke ladang kelapa sawit sebelum merempuh tembok konkrit pembentung najis.

Berikutan itu, katanya, mangsa parah di kepala dan kaki manakala keretanya remuk teruk di bahagian depan.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya namun disahkan meninggal dunia 2.18 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 3:08 PM