Johan Ishak (kanan) dan Lim Yew Hoe (kiri) pada Majlis F&N Seasons berwajah baru di Sri Pentas Bandar Utama. FOTO Luqman Hakim
Garret Dawum
garret@hmetro.com.my


PENERAJU jenama minuman F&N Seasons tampil dengan wajah baru rangkaian minumannya yang diilhamkan daripada penekanan amalan gaya hidup sihat oleh pengguna.

Penampilan wajah baru itu menerusi logo dan bungkusan diberikan kepada sembilan minuman kegemaran ramai seperti teh lemon ais, teh pic ais, teh epal ais, teh hijau jasmin, teh bunga, cincau, teh kundur, sengkuang Cina dan susu soya.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Berhad, Lim Yew Hoe berkata, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan oleh pihaknya selama setahun mempengaruhi keputusan untuk memperkenalkan bungkusan baru yang lebih menarik tetapi masih mengekalkan kualiti terbaik.

"Kesemua sembilan varian masih mengekalkan resipi turun temurun yang menggunakan bahan semula jadi seperti jus asli, malah kali ini, F&N Seasons juga tampil dengan minuman kurang gula tetapi rasa tetap sedap.

"Kami percaya kesegaran rasa yang ada pada minuman akan terus menambat hati pengguna dan ramai yang mementingkan kesihatan serta kesejahteraan diri akan memilih F&N Seasons sebagai minuman sihat," katanya ketika ditemui selepas pelancaran wajah baru F&N Seasons di Sri Pentas, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak.


Lim Yew Hoe bersama sembilan jenis minuman seasons pada Majlis F&N Seasons berwajah baru di Sri Pentas Bandar Utama. FOTO Luqman Hakim Zubir

Yew Hoe berkata, pihaknya juga akan memperbaharui bungkusan dua lagi perisa minuman mereka menjelang 2018.

"Lebih banyak perisa minuman kami akan berwajah baru untuk menarik perhatian ramai pengguna.

"Rangkaian minuman tidak berkarbonat F&N Seasons tidak ditambah pengawet atau pewarna tiruan dan diformulasikan khas untuk kebaikan badan serta minda," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, rangkaian televisyen Media Prima bekerjasama secara eksklusif dengan F&N Seasons bagi memaksimumkan usaha pemasarannya menerusi pelbagai platform.

"Media Prima sangat berbangga dengan kolaborasi ini kerana ia menjadi bukti bahawa F&N yakin dengan rangkaian penyiaran kami bagi mencapai jutaan rakyat Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 2:41 PM