T Raja Gopal
Nur Saliawati Salberi


Jasin: Seorang warga emas, T Raja Gopal, 68, maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter di Jalan Jasin Height Utama di sini, jam 7.20 malam, kelmarin. Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang seorang diri dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 4:21 AM