NIK Mohd Azlan (kanan) menyampaikan bantuan kecemasan kepada Ahmad Sabrey di tapak rumahnya yang terbakar. FOTO NikAbdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan sumbangan kecemasan bernilai RM2,000 kepada Pengawai Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan Ahmad Sabrey Che Mamat yang rumahnya terbakar, Ahad lalu.

Sumbangan disampaikan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi yang mengunjunginya di tapak rumah itu di Kampung Nilam Puri, Kota Bharu, hari ini.

Kediaman itu terbakar pada 9.50 malam ketika Ahmad Sabrey, 57, dan isterinya Norazlina [email protected], 43, tiada di rumah.

Katanya, mereka ke Wakaf Che Yeh untuk menziarahi kenalan yang meninggal dunia.

"Saya terima panggilan jiran yang memaklumkan rumah sudah terbakar dan segera bergegas pulang, namun sudah tiada apa yang dapat diselamatkan.

"Mujurlah Perodua Kancil dan motosikal Modenas berada di bengkel untuk dibaiki. Sementara waktu, kami tinggal di rumah lama ibu yang terletak bersebalahan tapak rumah yang terbakar.

"Saya juga berterima kasih kepada MAIK atas sumbangan ini dan pihak lain yang banyak membantu termasuk Jabatan Imigresen yang menawarkan kuarters," katanya.


AHMAD Sabrey menunjukkan rumahnya yang musnah dalam kebakaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Ahmad Sabrey berkata, kebakaran itu menyebabnya kerugian dianggarkan RM130,000.

"Selain itu, rakan-rakan juga banyak membantu malah, mendermakan pakaian serta menghulurkan wang ringgit untuk meringankan beban.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan jasa baik mereka hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 6:45 PM