Keadaan Surau Al-Huda yang dibaling bom petrol, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


JEMAAH Surau Al-Huda, Damansara Damai gempar apabila pintu masuk surau berkenaan terbakar dipercayai akibat dilontar bom petrol, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, terdapat kira-kira 20 jemaah baru selesai solat Subuh sebelum menyedari pintu masuk surau berkenaan terbakar.

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Huda yang enggan dikenali berkata, kejadian disedari seorang jemaah yang ingin pulang ke rumah selepas selesai solat Subuh.

"Dia kemudian memanggil jemaah lain ssebelum kami bersama memadamkan kebakaran akibat bom petrol berkenaan.

"Kami bernasib baik kerana bom petrol yang dibaling tidak meletup,"katanya.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Polis kini sedang mengesan seorang suspek berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanu Keseksaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 9:26 PM