IHSAN pembaca
IHSAN pembaca
Kalidevi Mogan Kumarappa


TREN kargo tergelincir di stesen Bank Negara pada 5.15 pagi ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui Twitter rasminya menyatakan, akibat kejadian itu, perkhidmatan komuter akan beroperasi ke destinasi terhad saja.

Antara destinasi terhad dimaksudkan adalah Tanjung Malim-Kepong, Pelabuhan Klang-KL Sentral, Tampin atau Seremban ke KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

Turut dinyatakan, semua tren tidak dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut.

“Penumpang dinasihatkan menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

“Bagi penumpang ETS pula, mereka akan dibawa dari stesen Sungai Buloh dengan MRT dan sambung perjalanan dengan ETS ke destinasi seterusnya,” katanya.

Pengurusan KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 8:23 AM
Digital NSTP Subscribe