Suspek direman di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Suspek direman di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


TEMPOH reman terhadap Pengurus Projek Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Melaka, dilanjutkan lima hari lagi.

Perintah lanjutan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh Lee Kim Keat, hari ini.

Sambungan reman dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu bermula esok hingga 1 Disember ini.

Suspek berusia 38 tahun itu yang pertama ditahan SPRM berhubung dakwaan tuntutan palsu membabitkan penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM2.54 juta, sejak awal tahun lalu.

Dia sebelum ini direman enam hari bermula 21 November hingga hari ini.

Selain lelaki itu, tiga lagi suspek masing-masing dua pesawah dan seorang peniaga barangan elektrik yang juga pekebun berusia antara 48 hingga 52 tahun ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes sama.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira 10 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira 35 minit kemudian.

Berita berkaitan

Suspek keempat pula dicekup

Pesawah disyaki seleweng tuntutan baja [METROTV]

Reman siasat 23 tuntutan palsu [METROTV]

Disyaki buat tuntutan palsu RM2.54 juta

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 11:35 AM