X
BANJIR di Kampung Bechah Hangus, di Ketereh yang mula naik sejak jam 2 pagi tadi. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
BANJIR di Kampung Bechah Hangus, di Ketereh yang mula naik sejak jam 2 pagi tadi. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


HUJAN lebat sejak semalam menyebabkan 42 penduduk Kampung Bechah Hangus, Ketereh dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli Islamic Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas sehingga 1.30 tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Jajahan Kota Bharu, Ahmad Robert Abd Rahim berkata, PPS itu mula dibuka sejak 10 pagi tadi selepas kawasan kampung itu dinaiki air sehingga 0.3 meter.

Katanya, air mula naik di kawasan itu sejak 2 pagi tadi namun penduduk kampung mula berpindah 12 tengah hari tadi.

"Jumlah 42 mangsa banjir itu membabitkan tujuh keluarga itu mula berpindah sejak 12 tengah hari tadi.

"Pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan di kawasan sekitar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 2:54 PM
Digital NSTP Subscribe