Sairulazuwan dan Azilina yang maut selepas Toyota Wish dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit sedalam 2.5 meter di Jalan Kayan, Sitiawan.
Sairulazuwan dan Azilina yang maut selepas Toyota Wish dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit sedalam 2.5 meter di Jalan Kayan, Sitiawan.
Noor Hidayah Tanzizi


IDENTITI tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Kampung Kayan, Sitiawan, awal pagi tadi dikenal pasti sebagai Sairulazuwan Nadzim, 37, Azilina Abdul Aziz, 37, dan Muhamad Daris Iffat berusia tiga bulan.

Difahamkan, tiga beranak yang menaiki Toyota Wish itu dikatakan dalam perjalanan dari Lekir menghala ke Teluk Intan sebelum terbabas ke parit sedalam 2.5 meter sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu 5 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri dan bayi lelaki itu dari arah Batu 9 Lekir menghala ke Teluk Intan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa itu dipercayai cuba mengelak kon jalan dan terbabas ke parit di sebelah kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hanif berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

Tiga beranak terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 12:06 PM